Wednesday, September 30, 2009

Ekspedisi 4x4 Jelajah Lipis Bersama Ahli Parlimen Lipis

Pergerakan Pemuda UMNO Penjom telah diberikan peluang oleh YB Dato' Mohamad Shahrum Osman-Ahli Parlimen Lipis untuk menyertai Program Jelajah Lipis dengan kenderaan 4x4 pada anjuran Lipis Motor Club Pada 26/09/2009 (Sabtu) yang lalu.

Program yang bermula di Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lipis berakhir di Taman Rimba Kenong pada 27/09/2009 (Ahad).

Program yang melibatkan 15 buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan 40 orang peserta itu berpeluang untuk mengikuti program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lipis bertemu dengan rakyat di luar bandar dalam kawasan Parlimen Lipis.

Dengan peluang ini, ia memberikan peluang yang berharga kepada generasi muda khususnya Pemuda UMNO Penjom untuk melihat sendiri bagaimana usaha Kerajaan melalui Wakil Rakyatnya berusaha untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar dengan meninjau sendiri keadaan sebenar.

Melalui program ini juga ia memberi peluang kepada rakyat untuk menyampaikan terus permasalahan setempat kepada Ahli Parlimen Lipis untuk mencari jalan penyelesaian.

Antara kampung yang diziarahi oleh Dato' Dr. Mohamad Shahrum ialah Kg. Aur Gading,Kg. Chegar Perah, Kg. Sungai Temau dan Kg. Kuala Kenong. Beliau turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk yang kurang bernasib baik di kampung tersebut.

Peserta juga berpeluang mengunjungi antara tempat tumpuan pelancong di Kuala Lipis iaitu Taman Rimba Kenong. YB.Dato' Dr. Shahrum dan peserta turut menanam pokok dari spesis hutan di akhir lawatannya di Taman Rimba Kenong. Ini bagi menyuburkan semangat cintakan Hutan Warisan Untuk Generasi Masa Depan.

Pemuda UMNO Penjom ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato' Dr. Shahrum-Ahli Parlimen Lipis dan pengurusan Lipis Motor Club atas budi baik kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai program seperti ini. Semoga kerjasama yang berlangsung akan diteruskan pada masa depan.



atau klik di sini untuk melihat keseluruhan gambar :
Koleksi Gambar Ekspedisi Jelajah Lipis(Sila Klik)

Friday, September 25, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri 2009


JAMUAN AIDILFITRI PEMUDA UMNO PENJOM & PERSATUAN BELIA PENJOM.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H
Sempena Lebaran Tahun Ini, Kita Akan Mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri, Seperti Di Bawah;

Tarikh : 17 OKTOBER 2009 / 27 SYAWAL 1430H
Tempat : Dewan Orang Ramai, Batu 6 Penjom.


SEMUA PENDUDUK KG PENJOM & SEKITAR DIJEMPUT HADIR

P/S: sumbangan bagi menampung kos jamuan sebanyak RM 20.00 @ lebih, boleh diberikan kepada Aziran Yunus sebelum 16 OKTOBER 2009.

Monday, September 14, 2009

Pusat Jalur Lebar Komuniti Penjom-Usaha Kerajaan Rapatkan Jurang Komunikasi


Pemuda UMNO Penjom dan Belia Penjom diseru untuk mengambil peluang mempelajari serta meluaskan ilmu pengetahuan melalui Teknologi Maklumat (ICT). Melalui teknologi tersebut, para belia dan pemuda dapat mengetahui maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti politik, aktiviti kebudayaan, pengetahuan saintifik dan mempelajari cara yang interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan

Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan bagi mendedahkan teknologi ini ialah melalui penubuhan Pusat Jalur Lebar Komuniti. Ia merupakan salah satu projek kerajaan yang dilaksanakan dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat.

PJK ialah satu Program Usahasama Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) , Telekom Malaysia (TM), MSD Digital Itelligence (MSD),Kerajaan Negeri Pahang (Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)dan Pejabat Daerah Lipis).

Projek ini memberi fokus kepada penyediaan perkhidmatan teknologi maklumat (ICT) di kawasan luar bandar

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di PJK Penjom :

Internet,Binding,Liminating,Scan,Printing,Fotostat & Kelas Komputer

PJK Penjom menyediakan bilik latihan yang lengkap berinternet, LCD projector dan screen putih. Ia diuruskan oleh Pengurus : Cik. Atikah Rusyda binti Hamdan dan Penolong Pengurus : En. Noraziran bin Yunus. Mereka ini telah dilantik oleh SKMM dan Telekom (TM).

Menurut Penolong Pengurus PJK Penjom, En. Noraziran bin Yunus "Sejak dibuka pada Mac 2009 yang lalu, pusat ini mendapat sambutan yang menggalakan terutama dikalangan generasi muda dan peringkat persekolahan.

Para belia hendaklah merebut peluang keemasan yang disediakan kerajaan dalam mendalami ilmu teknologi maklumat. Pengguna hanya dikenakan bayaran RM 1.00 bagi yang menjadi ahli dan RM 1.50 bagi yang bukan ahli.

Yuran keahlian pula hanya RM5.00 untuk seumur hidup. Bayaran ini amatlah rendah jika dibandingkan dengan kafe siber persendirian yang mengenakan kos yang lebih tinggi".

Ia juga tidak terhad kepada golongan muda sahaja, malahan golongan berumur dan warga emas juga sangat digalakkan untuk mendalami ilmu ICT ini. Konsep 'Belajar Sepanjang Hayat' perlu diamalkan sesuai dengan seruan Islam yang meminta umatnya belajar dari kecil hingga ke liang lahad


PJK Penjom dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Cuti Umum. Ia boleh dikunjungi di :

Pusat Jalur Lebar Komuniti Penjom (PJK Penjom)
Kedai JKKK Kg Pagar Penjom
27200 Kuala Lipis
Pahang

Maklumat Lanjut : PJK Penjom(Sila Klik)

Majlis Berbuka Puasa Belia Penjom & Pemuda UMNO Penjom


Program Majlis Berbuka Puasa Persatuan Belia Penjom dan Pemuda UMNO Penjom telah berjaya dilaksanakan pada 13 September 2009.

Majlis yang dimulakan dengan program Bacaan Tahlil, Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada ahli-ahli Persatuan dan Pemuda Penjom.

Antara hadirin yang hadir

Program ini mendapat sokongan daripada ahli-ahli Belia dan Pemuda yang telah menyumbang sebanyak RM 30.00 dan sumbangan yang terkumpul adalah RM 520.00. Golongan Belia yang masih bersekolah juga tidak ketinggalan menyumbang kepada kemeriahan majlis dengan dengan menyumbangkan sebahagian kuih untuk jamuan moreh.

Program seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan sumbangan dan sokongan semua ahli Belia dan Pemuda Penjom

Sunday, September 13, 2009

INFO : Pesta Memancing & Majlis Hari Raya Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis


INFO : Satu pertandingan memancing anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis akan diadakan pada :

4/10/2009 (Ahad)/15 Syawal 1430H
Masa : 8.00 pagi - 1.00 t/hari
Tempat : Kolam Ikan Kg. Peruang, Kuala Lipis

Hadiah yang ditawarkan adalah LUMAYAN

Tempat Pertama : RM 3,000.00
Tempat Kedua : RM 1,000.00
Tempat Ketiga : RM 500.00
Tempat Keempat : RM 200.00
Tempat Kelima : RM 100.00
Tempat Keenam & Ketujuh : RM 70.00
Tempat Kelapan-Sepuluh : RM 50.00
Tempat Ke-11-20 - Barangan Elektrik & Hamper


Jamuan Hari Raya dan Majlis Penyampaian Hadiah akan disempurnakan oleh :
Y.B Dato' Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak
Exco Kerajaan Pahang merangkap ADUN Benta

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :-
En. Zoloma (017-987 8957)

Thursday, September 10, 2009

Warisan : Anak Kecil Main Api



WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)

Usahawan Bundle Di Penjom


Kegilaan kepada pakaian bundle telah menjadi satu trend dikalangan anak muda Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pakaian bundle ni sebenarnya adalah pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti Amerika Syarikat (US), Jepun, United Kingdom (UK), Korea dan negara-negara Eropah yang lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Disebabkan itulah ia dipanggil BUNDLE.

Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru yang kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung oleh pemiliknya atau pakaian ini adalah pakaian reject/stok lama dari kedai.

Di Penjom, sebuah kedai Pakaian Bundle telah diusahakan oleh Encik. Zaid bin Zainal yang juga merupakan salah seorang Belia di Kampung Penjom bagi memenuhi permintaan anak-anak muda di sekitar Daerah Lipis dan kawasan berdekatan.

Menurut Pengurus Kedai Bundle Penjom, Encik. Zaidi bin Yahya "Kedai Bundle ini telah dibuka sejak bulan September 2008 dan mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari orang ramai. Ia tidak terhad kepada golongan muda sahaja, ia meliputi semua golongan termasuk golongan yang telah berumur".

Menurutnya lagi "Kebanyakkan anak muda memilih pakaian bundle disebabkan pakaian-pakaian ini berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari Amerika Syarikat.Ini termasuk kualiti kain dan cetakkan yang bagus. Bagi peminat pakaian jenama pula, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. Jenama-jenama besar seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson".
Pengurus Kedai Bundle Penjom-En. Zaidi@Me bersama Pengerusi Belia Penjom-En. Zaidi Zahari.

Kedai Bundle Penjom dibuka setiap hari Isnin-Khamis 11.00 pagi-9.00 malam, Ahad 2.00 petang -9.00 malam dan ditutup pada hari Jumaat sahaja.

Bagi peminat baju bundle yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru pakaian bundle boleh menghubungi En. Zaidi bin Yahya atau lebih mesra dengan panggilan 'Me' di talian 017-219 5485.

Kedai Bundle Penjom boleh dikunjungi di : No. 2, Gerai Majlis Daerah Lipis (MDL), Penjom, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

Wednesday, September 9, 2009

Pemuda UMNO & Belia Penjom Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Baiki Jalan Kampung



SEBELUM : Keadaan Jalan Kampung Yang Rosak pada 20 Jun 2009



SELEPAS : Jalan yang rosak telah dibaiki dan selesa digunakan oleh penduduk kampung(Keadaan Jalan pada 07 September 2009)

Sewaktu Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Penjom 2009 yang berlangsung pada 20 Jun 2009 yang lalu, Pemuda Penjom ada membangkitkan tentang Usul Pembangunan yang turut menyentuh tentang masalah kerosakan jalan dan pengantian paip air lama di kawasan kampung

Usul berkenaan Pembangunan tersebut boleh dibaca di sini :
USUL PEMBANGUNAN PEMUDA UMNO PENJOM-----SILA KLIK SINI

Pergerakan Pemuda UMNO Penjom & Persatuan Belia Penjom ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan melalui Pejabat Daerah Lipis yang mengambil usaha yang proaktif dan cepat membaiki permasalahan rakyat.

Semoga langkah seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Persatuan Belia & Pergerakan Pemuda Penjom anjur Majlis Berbuka Puasa dan Moreh


Persatuan Belia Penjom & Pergerakan Pemuda UMNO Penjom akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Moreh bertempat di Masjid Batu 6 Penjom pada 13 September 2009 (Ahad) bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Bagi ahli-ahli Belia dan Pemuda UMNO Penjom yang ingin membuat sumbangan sebanyak RM 30.00 bolehlah berbuat demikian kepada Bendahari Persatuan Belia Penjom-Saudara. Noraziran bin Yunus dengan datang sendiri ke Pusat Info Desa Penjom atau menghubungi beliau di talian 017-967 8081.


Menurut Noraziran "Bagi ahli-ahli atau mana-mana individu yang ingin menyumbangkan makanan, buah-buahan dan minuman untuk menambahkan juadah yang sediada adalah amat dialu-alukan"


Hubungi Saya : Ziran 017-967 8081 untuk membuat sumbangan RM 30.00 atau sumbangan makanan. Mari Beramal di Bulan Ramadhan Yang Mulia
Aturcara Majlis Berbuka Puasa & Moreh Belia Penjom pada 13 September 2009 nanti adalah seperti berikut :-

6.30 petang - Bacaan Surah Yassin & Tahlil Arwah
7.15 malam - Azan Maghrib / Berbuka Puasa (Kurma dan Minuman)
7.20 malam -Solat Maghrib berjemaah
7.30 malam - Jamuan Makan (Nasi)
8.15 malam - Solat Isyak/Solat Sunat Terawikh/Solat Sunat Witir
10.00 malam - Moreh / Jamuan Ringan

Semua Ahli-ahli Belia dan Pergerakan Pemuda UMNO dijemput untuk menyokong program ini dengan memberikan sumbangan ikhlas sebanyak RM 30.00 kepada pihak urusetia,

Pemuda & Belia Penjom Sumbang Alatulis Kepada Calon UPSR SK Penjom


Baru-baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan alatulis kepada semua Calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)di Sekolah Kebangsaan Penjom.

Satu majlis ringkas telah diadakan pada 03 September 2009 (Khamis) bertempat di Dewan SK Penjom. Majlis telah dihadiri oleh Khairul Nizam Dato' Abu Dahari-Ketua Pemuda Penjom, Shahrul Azizul bin Musa-Ketua Penerangan Pemuda Penjom, Hairimi bin Mohd Ali-Naib Ketua Pemuda Penjom dan Noraziran Yunus-Bendahari Persatuan Belia Penjom.

Turut hadir ialah wakil Guru Besar SK Penjom.

Usaha yang dilakukan ini adalah satu usaha kecil Pergerakan Pemuda dan Belia Penjom bagi membantu Calon-Calon UPSR di sekitar Mukim Penjom bagi menghadapi peperiksaan. Sumbangan ini juga mungkin boleh membantu menambahkan jumlah alatulis sediada disamping sebagai pendorong semangat kepada adik-adik pelajar.

Salah seorang Calon UPSR yang menerima sumbangan alatulis ini iaitu Adik Muiz mengucapkan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Belia kerana prihatin kepada golongan muda dan kecil seperti mereka. Majlis yang diadakan pada hari ini juga akan dikenang sebagai kenangan manis dalam hidupnya.

Program yang kecil seperti ini tetapi bermanfaat kepada rakyat akan diteruskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom pada masa akan datang.

Tuesday, September 1, 2009

Pemuda & Belia Penjom anjur Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-52


Bergambar Kenangan dengan Ketua Pemuda Penjom, Khairul Nizam

Bertempat di Dataran Penjom, Pergerakan Pemuda dan Belia telah mengadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-52 selepas Solat Tarawikh.

Sabar menanti pertunjukkan bunga api

Majlis ringkas dimulakan dengan bacaan doa selamat dan ucapan ringkas oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Penjom iaitu Sdra. Khairul Nizam bin Dato' Abu Dahari.

Dalam ucapannya beliau menegaskan tentang pentingnya generasi muda untuk terus mengekalkan kedaulatan Negara dan turut melontarkan persoalan adakah keadaan Malaysia 52 tahun lagi akan sama seperti hari ini. Maka, tanggungjawab untuk mengekalkan terletak di bahu generasi muda hari ini.

Kilauan percikan bunga api memeriahkan sambutan

Majlis turut dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api dan seterusnya program konvoi mengibarkan Jalur Gemilang di sekeliling kampung dan memasang Jalur Gemilang di rumah masing-masing.

Acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang berdasarkan sambutan yang begitu menggalakan.