Wednesday, September 9, 2009

Persatuan Belia & Pergerakan Pemuda Penjom anjur Majlis Berbuka Puasa dan Moreh


Persatuan Belia Penjom & Pergerakan Pemuda UMNO Penjom akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Moreh bertempat di Masjid Batu 6 Penjom pada 13 September 2009 (Ahad) bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Bagi ahli-ahli Belia dan Pemuda UMNO Penjom yang ingin membuat sumbangan sebanyak RM 30.00 bolehlah berbuat demikian kepada Bendahari Persatuan Belia Penjom-Saudara. Noraziran bin Yunus dengan datang sendiri ke Pusat Info Desa Penjom atau menghubungi beliau di talian 017-967 8081.


Menurut Noraziran "Bagi ahli-ahli atau mana-mana individu yang ingin menyumbangkan makanan, buah-buahan dan minuman untuk menambahkan juadah yang sediada adalah amat dialu-alukan"


Hubungi Saya : Ziran 017-967 8081 untuk membuat sumbangan RM 30.00 atau sumbangan makanan. Mari Beramal di Bulan Ramadhan Yang Mulia
Aturcara Majlis Berbuka Puasa & Moreh Belia Penjom pada 13 September 2009 nanti adalah seperti berikut :-

6.30 petang - Bacaan Surah Yassin & Tahlil Arwah
7.15 malam - Azan Maghrib / Berbuka Puasa (Kurma dan Minuman)
7.20 malam -Solat Maghrib berjemaah
7.30 malam - Jamuan Makan (Nasi)
8.15 malam - Solat Isyak/Solat Sunat Terawikh/Solat Sunat Witir
10.00 malam - Moreh / Jamuan Ringan

Semua Ahli-ahli Belia dan Pergerakan Pemuda UMNO dijemput untuk menyokong program ini dengan memberikan sumbangan ikhlas sebanyak RM 30.00 kepada pihak urusetia,

Pemuda & Belia Penjom Sumbang Alatulis Kepada Calon UPSR SK Penjom


Baru-baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan alatulis kepada semua Calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)di Sekolah Kebangsaan Penjom.

Satu majlis ringkas telah diadakan pada 03 September 2009 (Khamis) bertempat di Dewan SK Penjom. Majlis telah dihadiri oleh Khairul Nizam Dato' Abu Dahari-Ketua Pemuda Penjom, Shahrul Azizul bin Musa-Ketua Penerangan Pemuda Penjom, Hairimi bin Mohd Ali-Naib Ketua Pemuda Penjom dan Noraziran Yunus-Bendahari Persatuan Belia Penjom.

Turut hadir ialah wakil Guru Besar SK Penjom.

Usaha yang dilakukan ini adalah satu usaha kecil Pergerakan Pemuda dan Belia Penjom bagi membantu Calon-Calon UPSR di sekitar Mukim Penjom bagi menghadapi peperiksaan. Sumbangan ini juga mungkin boleh membantu menambahkan jumlah alatulis sediada disamping sebagai pendorong semangat kepada adik-adik pelajar.

Salah seorang Calon UPSR yang menerima sumbangan alatulis ini iaitu Adik Muiz mengucapkan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Belia kerana prihatin kepada golongan muda dan kecil seperti mereka. Majlis yang diadakan pada hari ini juga akan dikenang sebagai kenangan manis dalam hidupnya.

Program yang kecil seperti ini tetapi bermanfaat kepada rakyat akan diteruskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom pada masa akan datang.

Tuesday, September 1, 2009

Pemuda & Belia Penjom anjur Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-52


Bergambar Kenangan dengan Ketua Pemuda Penjom, Khairul Nizam

Bertempat di Dataran Penjom, Pergerakan Pemuda dan Belia telah mengadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-52 selepas Solat Tarawikh.

Sabar menanti pertunjukkan bunga api

Majlis ringkas dimulakan dengan bacaan doa selamat dan ucapan ringkas oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Penjom iaitu Sdra. Khairul Nizam bin Dato' Abu Dahari.

Dalam ucapannya beliau menegaskan tentang pentingnya generasi muda untuk terus mengekalkan kedaulatan Negara dan turut melontarkan persoalan adakah keadaan Malaysia 52 tahun lagi akan sama seperti hari ini. Maka, tanggungjawab untuk mengekalkan terletak di bahu generasi muda hari ini.

Kilauan percikan bunga api memeriahkan sambutan

Majlis turut dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api dan seterusnya program konvoi mengibarkan Jalur Gemilang di sekeliling kampung dan memasang Jalur Gemilang di rumah masing-masing.

Acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang berdasarkan sambutan yang begitu menggalakan.

Saturday, August 29, 2009

Tanggal 31


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 DARI PEMUDA UMNO PENJOM & PERSATUAN BELIA PENJOM, MERDEKAAAA !!!!

Pergerakan Pemuda UMNO Penjom & Persatuan Belia Penjom ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.

Tema Sambutan Merdeka tahun ini ialah “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Penjom menyeru kepada semua untuk menghayati erti Kemerdekaan sebenar disamping memeriahkan sambutannya dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kita bangga menjadi Rakyat Malaysia yang aman, makmur ini.

Sempena Sambutan Merdeka tahun, blog Pemuda UMNO Penjom menyediakan beberapa bahan menarik untuk tatapan pembaca semua. Antaranya ialah :

#Artikel berkenaan Rasa Kasih seorang Rakyat Amerika yang suka tinggal di Negara yang Aman dan Makmur iaitu MALAYSIA."Tinggalkan Missouri demi Bentong"(Sila Klik)

Dan Lagu Tanggal 31 oleh penyanyi asalnya :Ahmad C.B.

Lagu ciptaan asal berlatarkan dokumentari kemerdekaan tahun 1957.Tanggal 31 Ogos nyanyian semula oleh Allahyarham Sudirman itu adalah rakaman semula dari versi asal nyanyian Ahmad C.B. (Nama penuhnya Ahmad Chass Barra C.B. = Chass Barra). Beiau berasal dari Indonesia, tetapi telah menetap di Malaysia sebagai pemastautin tetap semenjak 1979.

Ahmad C.B. ini juga popular dengan lagu Cincin Belah Rotan dan duetnya dengan Saloma (Belo Belo).

PTPTN : Pemuda UMNO Penjom Ucap Terima Kasih kepada Kerajaan


Pemuda UMNO Cawangan Penjom ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana Kementerian Pengajian Tinggi melalui Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan bahawa Graduan cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin akan menerima bantuan untuk membayar balik sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi skim dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR). Baca di Sini(Sila Klik)

Pemuda Penjom dalam Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan yang bersidang pada 20 Jun 2009 yang lalu dalam Usul Pendidikannya (PTPTN) ada menyatakan bahawa :

"3. Mencadangkan kepada Kerajaan untuk mengiktiraf kejayaan mahasiswa-mahasiswi disamping mendorong generasi muda Malaysia untuk mencipta kecemerlangan pendidikan dengan menganugerahkan pengecualian pembayaran pinjaman PTPTN atau pemansuhan 50 % pinjaman kepada mahasiswa-mahasiswi yang mencipta kecemerlangan di kampus"

Sila klik di sini untuk baca keseluruhan Usul : Usul PTPTN-Pemuda UMNO Penjom(Sila Klik)

Walaupun bukan semua mahasiswa-mahasiswi yang cemerlang akan mendapat keistimewaan ini, tapi ia lebih bermakna apabila pelajar cemerlang dari Keluarga Miskin dan Berpendapatan Rendah mendapat penghargaan daripada Kerajaan.

Walaubagaimanapun, Pemuda UMNO Penjom terus tetap dengan cadangannya kepada kerajaan untuk menimbangkan supaya kos pentadbiran tetap yang dikenakan kepada peminjam sepanjang tempoh penangguhan (Maksimum 2 Tahun) tersebut dikaji semula dan mencari mekanisme terbaik untuk tidak membebankan golongan mahasiswa-mahasiswi yang belum mendapat pekerjaan atau tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Pemuda Penjom sekali lagi menyertai Pemuda UMNO Cawangan dan Bahagian lain di Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kerana mempertimbangkan usul-usul pendidikan seperti ini yang dicadangkan kepada Kerajaan.

Wednesday, August 26, 2009

Tuan Guru pun Pening Juga

Masih ada yang pening-pening lalat dengan kenyataan YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat-Mursyidul Am PAS berkenaan soal Syurga dan Neraka.

Artikel yang dipetik dari sebuah laman blog iaitu Wanangsari.blogspot mempunyai perkongsian yang boleh dipertimbangkan oleh kita semua.Artikel tersebut boleh dicapai di sini(Sila Klik)

Berikut adalah tulisan Wanangseri,

Wanangseri telah menerima sms dari seorang rakan yang memetik transkrip kenyataan YAB Dato' Nik Aziz yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam :-

"SEANDAINYA SYURGA DAN NERAKA ITU HAK ALLAH SEMATA-MATA TIADA GUNA UMAT ISLAM DI DUNIA INI BERLUMBA-LUMBA BERBUAT KEBAIKAN KERANA AKHIRNYA NANTI DITENTUKAN OLEH TUHAN"

"MANUSIA SEBENARNYA BERHAK MENENTUKAN NASIB MEREKA MELALUI AMAL JARIAH YANG DILAKUKAN"

Untuk menjelaskan kekeliruan itu Wanangseri telah memanjangkan pula SMS itu kepada seorang rakan arwah ayah yang pernah mengajar di sekolah pondok yang kami kenali sebagai Ustaz Harun. Dia tidak pernah mendakwa dirinya Tok Guru dan tidak pula menjadi mendokong mana-mana parti politik.

Ustaz Harun membalas dengan kenyataan berikut :-

"PERCAYALAH DIDALAM KITAB JAWAHIR MAUHUB SYARAHAN OLEH SYEIKH ALI KUTAN MENSYARAH KEPADA HADIS 40 TAMATUL BASAR HIMPUNAN IMAN SAYUTI, ADA SEORANG BANI ISRAEL UMURNYA 500 TAHUN (UMAT TERDAHULU) BELIAU TAK SESAATPUN WAKTUNYA SELAIN DIPENUHKAN DENGAN KETAATAN.

NAMUN SETELAH MATI IA DIBANGKITKAN DIHADAPAN ALLAH DAN DITANYA 'BAGAIMANA AMALAN KAMU ? JAWAPNYA "YA ALLAH 500 TAHUN KU PENUHKAN DENGAN TAAT" DITANYA LAGI "JIKA BEGITU DIMANA TEMPAT DUDUK KAMU? JAWAP BELIAU "YA ALLAH TIDAKKAH AKU SEORANG YANG TAAT BERAMAL SUDAH TENTU AKU LAYAK KE SYURGA"

MAKA, ALLAH MURKA DENGAN ADANYA BENIH RIYA' DALAM JIWA HAMBA ITU, LALU IA MEMERINTAH JIBRIL MENCUNGKIL MATANYA DAN DITIMBANGKAN DENGAN AMALANNYA 500 TAHUN. TERNYATA NIKMAT SEBELAH MATANYA YANG DIKURNIA ALLAH LELEH BERAT DARI AMALANNYA. MAKA DATANGLAH KEMURKAAN ALLAH LALU IA PERINTAH JIBRIL MENCAMPAKNYA KE DALAM NERAKA.

PENGAJARAN: "SEPATUTNYA SI BANI ISRAEL TIDAK ANGKUH BAHKAN IA MENJAWAB "YA ALLAH KAMI HANYA DUDUK DI TEMPAT YANG TELAH ENGKAU TETAP BAHKAN YANG KAMI HARAP RAHMATMU APALAH AMALANKU BERBANDING DENGAN DENGAN RAHMAT DAN NIKMATMU"

Wanangseri sering diingatkan oleh arwah orang tua supaya sentiasa berbuat kebajikan dan beribadat secara ikhlas kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai hambaNYA. Balasannya terpulang kepada rahmat Allah YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

Hayati peribahasa ini "TAK ADA PENDEKAR YANG TAK BOLOS, TAK ADA JUARA YANG TAK KALAH"

Friday, August 21, 2009

Pemuda dan Belia Penjom Terbit Jadual Imsak & Berbuka Puasa


Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom telah menerbitkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1430H / 2009 M Bagi Daerah Bentong, Raub dan Lipis untuk edaran PERCUMA kepada masyarakat kampung dan sekitar.

Inisiatif ini dibuat bagi memudahkan rakyat di Kampung Pagar, Kampung Genting dan kawasan sekitar membuat rujukan waktu Imsak dan Waktu Berbuka Puasa bagi tahun 2009..

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Khairul Nizam Dato' Abu Dahari "Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa ini akan mula diedarkan pada 21 Ogos 2009 (Jumaat) dan boleh didapati di Masjid Batu 6 Penjom pada waktu solat Jumaat hari ini dan Solat Sunat Tarawikh pada sebelah malamnya".

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa ini merujuk kepada Jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam kesempatan yang sama, Khairul Nizam mewakili seluruh Jawatankuasa Pemuda UMNO Penjom mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli, penduduk kampung dan juga pengujung setia blog ini.

Terima Kasih Jabatan Penerangan dan JKKK Kg. Pagar



"Tenang-tenang air laut,Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut,Budi baik rasa nak junjung"

Begitulah rasa hati Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom kepada Jabatan Penerangan Daerah Lipis melalui Big Bos nya iaitu Y.Bhg En. Md. Zin A Rahman kerana dalam banyak-banyak kampung di Daerah Lipis ini, beliau telah sudi memilih Kg. Pagar, Penjom sebagai tempat untuk mengadakan program Info Bestari baru-baru ini.

Tahniah juga diucapkan kepada JKKK Kg. Pagar yang telah menjayakan program ini sehingga mendapat sambutan hangat dan membanggakan dari penduduk kampung serta orang-ramai.

Terima kasih juga kepada Belia & Beliawanis yang hadir bagi memeriahkan program tempohari.

Terima kasih kepada Akhbar Sinar Harian khususnya Cik. Fansurina Abdullah yang tidak jemu membuat liputan apa juga program di kampung kami.

Wednesday, August 19, 2009

Ramai Pening Kepala Dengan Fatwa Tok Guru Nik Aziz


Ramai yang pening kepala dan geleng kepala pun ada bila membaca serta mendengar kenyataan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang menyatakan penyokong UMNO atau Ahli UMNO (pada Tok Guru ia penyokong dan ahli adalah berbeza) tidak akan masuk Syurga kerana mengamalkan ajaran Islam yang memisahkan antara Iman dan Islam dan lebih serius lagi, Tok Guru Datuk Nik Aziz mengatakan UMNO mengamalkan Islam Sekular.

Nak kata lebih-lebih nanti, serba salah juga...sebab yang mengatakan tu adalah seorang Tok Guru. Walaubagaimanapun, dengan kenyataaan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini, InsyaAllah akan menjelaskan segala-galanya dan menghilangkan serabut di kepala.

Untuk makluman, Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai oleh Mufti-Mufti Seluruh Negeri di Malaysia dan beberapa orang ahli yang dilatik terdiri daripada ilmuan dan tokoh dalam bidang Agama Islam. Sila rujuk laman web berikut untuk senarai ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan


NILAI Rabu 19 Ogos 2009 : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan menyifatkan kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata jawatankuasa berkenaan sebenarnya sudah membincangkan isu itu sejak tahun 2000 dan memutuskan ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Katanya, keputusan muzakarah itu juga sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001.

"Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah mengikut ajaran Islam.

"Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya pada sidang media di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dekat sini.

Sehubungan itu, Abdul Shukor yang juga Naib Canselor Usim berkata, umat Islam terutama mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Islam dinasihat berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara yang tidak betul atau bida'ah yang boleh mengelirukan dan memecahkan umat Islam.

"Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan bahawa dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka kecuali Allah S.W.T sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya.

Abdul Shukor berkata, pihaknya berharap sebagai tokoh dan arif mengenai agama, Menteri Besar Kelantan membetulkan pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan umat Islam.

"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Jadi, agama itu kalau boleh dalam keadaan kita sekarang ini yang inginkan kepada perpaduan, amat penting kepada umat Islam kepada keharmonian.

"Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama itu lebih tinggi," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin, Nik Aziz menyatakan Islam yang dibawa Umno tidak boleh membawa seorang Muslim ke syurga.

Susulan tuduhan terbaru Menteri Besar Kelantan itu, ramai tokoh agama dan ahli akademik menyifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Mursyidul Am Pas itu sudah berada di tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.

Tuesday, August 18, 2009

Tulisan Tuan. bRAVEhEART Mengenai Bloggers di Pahang


Petikan Tulisan Tuan. bRAVEhEART (Antara Chief Blogger Pahang) yang menegur tentang kualiti dan pencapaian blog-blog dari UMNO di Pahang

Bacaan penuh boleh diikuti di : Blog UMNO Pahang....Huhu(Pemuda Penjom)

Wednesday, August 12, 2009
BLOG-BLOG UMNO PAHANG......HUHU

Saya telah menulis sesuatu mengenai blog tidak lama dulu - Monolog: Blogs dan Goblok .Blogger SPU juga menulis mengenai blogs beberapa kali - sila klik untuk baca disini dan disini tetapi setelah itu apakah yang telah berubah?

Ya! Ada beberapa blog baru dari UMNO yang telah dibina. Ini adalah suatu perkembangan yang baik kepada UMNO sendiri tetapi setakat manakah keberkesanannya? Sebagai penyebar maklumat, blog ditulis adalah untuk dibaca, jika tulisan kita gagal sampai kepada pembaca bermakna matlamat kita telah gagal sama sekali. Baca blog UMNO Pahang sini dan Pergerakan Pemuda UMNO Penjom (sini)

Di Pahang, sepanjang pengetahuan saya ada 2 laman blog aggregator yang menggabungkan blog-blog dalam satu laman blog. Gabungan Suara Anak Pahang dan Himpunan Blog Pahang Kenapa tidak blog-blog berkenaan minta di-link-kan dari blog-blog aggregator ini untuk ianya mudah dicapai oleh pembaca?

Apakah admin. blog-blog berkenaan merasakan bahawa tugas mereka telah selesai apabila selesainya membina lama blog dan menuliskan apa yang ingin disampaikan? Tahukan mereka bahawa ada berjuta laman-laman blog dan bagaimanakan laman blog yang mereka bina boleh dicapai oleh pembaca-pembaca? Tidakkah mereka tahu bahawa sebagaimana barangan jualan lainnya, blog juga harus dipromosikan untuk diketahui ramai?

Kepada blogger-blogger UMNO (Pahang) yang baru berblog (dan masih goblok), saya cadangkan supaya jangan besar diri dan hubungi laman blog aggregator berkenaan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan blog yang dibina, percayalah bahawa lebih banyak blog kita di-link-kan dari blog lain maka akan lebih ramai pembaca yang akan kita dapati. (Tetapi jangan samakan dengan Blog Tun Dr. Mahathir - kerana ianya berbeza sama sekali)

Bagaimanakah blog-blog UMNO mampu menentang dakyah lawan jika pembacanya hanya segelintir sahaja. Mungkin Penerangan UMNO negeri perlu memberikan sedikit 'kick-start' untuk memberikan anjakkan kepada blogger-blogger UMNO untuk lebih berdaya saing dengan blog-blog pembangkang.

Bloggers perlu didik masyarakat luarbandar - kata Ketua Pemuda UMNO Pahang. Siapa yang akan mendidik jika bloggers UMNO Pahang sendiripun masih belum terdidik? Memang wajarlah bila Pahang Daily Online kata kita Blogger UMNO Karat ~ bRAVEhEART