Thursday, October 29, 2009

Tahniah Dato' Ketua Bahagian & Ketua Pemuda Negeri


Pergerakan Pemuda UMNO Penjom ingin merakamkan ucapan setinggi-tingi ucapan tahniah kepada YB. Dato' Abdul Rahman Mohammad-ADUN Padang Tengku yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis kerana telah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia –Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke-79 pada 24 Oktober 2009 yang lalu.


Pemuda UMNO Penjom juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Saudara Abu Jimi bin Samat-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Lipis kerana dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia –Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (A.M.P.

Penganugerahan Darjah Kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan DYMM Tuanku Sultan Pahang atas sumbangan dan usaha-usaha yang dilakukan kedua-dua pemimpin kita ini dalam membela nasib rakyat. Semoga anugerah ini akan menjadikan Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda kita akan terus bekerja dengan lebih keras dalam menjalankan kerja-kerja membantu rakyat yang sebenarnya tidak ada penghujungnya.

Thursday, October 22, 2009

Ketua Pemuda UMNO Penjom seru Pemuda Mantapkan Pemuda melalui 4 Rukun-Sinar Harian



Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom dengan kerjasama Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Penjom telah diadakan pada 17 Oktober 2009 bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam.

Hampir 1,000 orang telah hadir ke majlis tersebut terdiri daripada penduduk Kampung Pagar, Kampung Genting dan sekitar Daerah Lipis.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Exco Kerajaan Negeri Pahang Y.B Dato’ Wan Rosdy Wan Ismail-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang dan Y.Bhg En. Mustapa bin Haji Long-Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis dan. En. Abdullah Zawawi Kamaluddin-Penghulu Mukim Telang yang juga merupakan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Penjom.

Menurut Khairul Nizam bin Dato’ Abu Dahari “Antara tujuan penganjuran Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini ialah untuk merapatkan silaturrahim sesama penduduk dan memantapkan lagi persefahaman dikalangan golongan muda di kampung. Di samping itu, dalam usaha merealisasikan penganjuran program ini, ia telah secara tidak langsung telah mempraktikan 4 rukun pembaharuan UMNO yang telah digariskan oleh Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini. Antaranya ialah empat rukun itu ialah Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr), Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb), Kesatuan Amal (Wahdatul Amal) dan Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf).

“Walaupun ia dipraktikkan dalam konteks yang kecil melalui penganjuran program Ramah Mesra Aidilfitri, sekurang-kurangnya golongan pemuda telah faham tentang kepentingan elemen-elemen rukun tersebut dalam proses gerakan berpersatuan. Lantaran itu, pemantapan kepada 4 rukun ini akan lebih mudah dilaksanakan dalam skop yang lebih besar pada masa akan datang”

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Penerangan Daerah Lipis, En. Mat Zin bin A.Rahman yang telah menyampaikan sumbangan sebuah komputer untuk Komuniti Bestari Penjom. Komputer tersebut akan diletakkan di Anjung Bestari Penjom bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Penjom untuk kegunaan bersama penduduk kampung.

Salah seorang penduduk Belia yang ditemui, En. Noraziran bin Yunus memuji usaha yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom dan berharap program seperti ini akan menjadi tradisi setiap tahun dan menjadi medan pertemuan penduduk kampung bagi beramah mesra dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah serta rasa persaudaraan.

Wednesday, October 21, 2009

Selamat Menunaikan Haji 1430H/2009


Sempena musim haji yang telah pun tiba, Pemuda UMNO Penjom & Persatuan Belia Penjom ingin mengucapkan selamat berlepas kepada bakal jemaah haji yang akan menjadi tetamu Allah di Tanah Suci kota Makkah.

Kami mendoakan agar segala perjalanan serta pergerakkan aktiviti di Tanah Suci nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kejadiaan yang tidak diingini akan berlaku.

Semoga para jemaah sekalian untuk tidak lupa mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara Malaysia demi kebaikan sejagat.

Selamat berlepas dan selamat menunaikan ibadat haji kepada 26,000 jemaah Haji Malaysia khusus kepada jemaah haji dari Kg. Pagar, Kg. Genting, seluruh Daerah Lipis dan bakal haji dari seluruh negara

Semoga Allah mengurniakan Haji Mambrur. InsyaAllah.

Sembah Tahniah Sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang





Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam ShahDKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK(PERAK), DK(JOHOR), DK(KELANTAN), DK(TERENGGANU), DK(PERLIS), DK(KEDAH), DKMB., DK(BRUNEI), DK(NEGERI SEMBILAN), DK(SELANGOR), QILADAH BADR AL-KUBRA(SAUDI ARABIA)., QILADAH AL-SHEIKH MUBARAK AL-KABIR (KUWAIT)., GRAND ORDER OF THE MUGUNGHWA(SOUTH KOREA), HON.D. LITT(MALAYA)., L.L.D.HC. (NORTHROP USA), HON. D. SC. (BEDFORDSHIRE, UK)

Sempena
Hari Keputeraan Baginda pada 24hb Oktober 2009
“Semoga Allah Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Sembah Takzim daripada:
Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Kuala Lipis & Persatuan Belia Penjom, Kuala Lipis

Pemuda UMNO Penjom menyeru kepada semua rakyat Pahang supaya mengibarkan Bendera Negeri Pahang bagi memuliakan sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang yang ke-79.

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM, STPM & STAM 2009



Pergerakan Pemuda UMNO Penjom & Persatuan Belia Penjom ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada Calon SPM yang bermula semalam (Ujian Amali). dan Ujian bertulis pada 18 Nov-16 Disember 2009.

Pemuda UMNO Penjom & Persatuan Belia Penjom juga ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada Calon STPM (18 November-10 Disember 2009), Calon STAM (19-21/27-27Oktober 2009.

Semoga usaha adik-adik selama ini akan diberkati Allah dan dikurniakan dengan keputusan yang cemerlang InsyaAllah bagi meneruskan perjalanan pengajian yang masih panjang.

Kami mendoakan supaya adik-adik tenang dan dikurniakan kecerdasan ketika menjawab soalan peperiksaan nanti. InsyaAllah.

Tuesday, October 20, 2009

PAS hina UMNO Parti Kedai RM 2.00


Parti PAS yang memang terkenal dengan sikap suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain meneruskan keseronokan mereka menghina parti UMNO dengan mengelarkan Parti UMNO sama taraf dengan Kedai RM 2.00.

Naib Presidennya-Ustaz. Mahfuz Omar dalam satu kenyataan telah menyatakan kepada akhbar Sinar Harian bahawa "Jika pindaan dibuat untuk memenangi hati rakyat tetapi pemimpin itu sendiri tidak berubah, tiada gunanya. Contohnya, yuran tahunan dimansuhkan, apa kebaikannya? Samalah tarafnya dengan Kedai RM2 sahaja, kualitinya kurang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story5296295.asp

Ini berikutan Pindaan Perlembagaan yang dibuat baru-baru ini dalam Perhimpunan Agung yang telah meminda Yuran Keahlian kepada RM2.00 seumur hidup.

Pergerakan Pemuda UMNO Penjom berasa sungguh sedih dengan penghinaan yang telah dibuat oleh PAS yang kononnya sentiasa mengamalkan akhlak Islam dan Rasullullah tetapi menghalalkan apa jua perbuatan mereka yang terang-terangan melanggar ajaran Islam yang sebenar.

Ini termasuk perlakuan ganas penyokong-penyokong PAS di Pilihanraya Bagan Pinang baru-baru ini yang sememangnya bertentangan dengan akhlak Islam.

Biarlah PAS puas dengan kelakuan mereka dan orang-orang UMNO mesti terus berkhidmat kepada rakyat. Akhirnya nanti, rakyat juga yang bijak membuat pilihan mana satu intan dan mana satu kaca.

Monday, October 19, 2009

Ucapan Datuk Ishak Ismail Ketika Perhimpunan Agung UMNO 2009

Ucapan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail begitu mendapat berhatian perwakilan UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Ikuti antara sedutannya.


Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4

Friday, October 16, 2009

Jemputan : Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pemuda Penjom


Pergerakan Pemuda UMNO Penjom & Persatuan Belia Penjom dengan kerjasama Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Penjom akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1430H/2009 pada Sabtu ini, 17 Oktober 2009 bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam bertempat di Dewan Orang Ramai Penjom, Batu 6 Penjom, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Objektif utama majlis ini ialah untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama ahli dan seluruh penduduk kampung Pagar dan Genting, Kuala Lipis, Pahang.


Semua penduduk Kg. Pagar dan Kg. Genting dijemput hadir bagi menyerikan lagi majlis yang dianjurkan ini.

Monday, October 12, 2009

Ucapan oleh Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom



Ikuti ucapan oleh Pemimpin UMNO Bahagian Lipis, ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Penjom dan ahli Persatuan Belia Penjom sempena Sambutan Aidilfitri 1430H/ 2009.

Ucapan Aidilfitri 2009 : Ketua Pemuda UMNO Penjom



Marilah kita menghayati pesanan dan nasihat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Penjom, Kuala Lipis, Pahang-En. Khairul Nizam bin Dato' Abu Dahari (Angah) sempena sambutan Aidilfitri tahun 1430H / 2009.