Saturday, July 4, 2009
Pemuda Penjom anjur lawatan ke Lombong Emas Terbesar di Malaysia
Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Persatuan Belia Penjom dengan kerjasama JKKK Kg. Pagar Penjom akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Lombong Emas Penjom pada 16 Julai 2009 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi.
Antara tujuan utama lawatan ke lombong Emas terbesar di Malaysia itu ialah untuk melihat operasi perlombongan Emas dan sistem pengurusannya yang dikatakan terbaik dan termoden di dunia.
Peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Pemuda, Belia Kg. Pagar dan penduduk kampung dijangka menyaksikan bagaimana proses mengeluarkan emas dilakukan dan bagaimana kualiti Emas yang keluar dari bumi Penjom ini.
Walaupun Lombong Emas Penjom telah terkenal di dunia, masih ramai lagi penduduk penjom yang belum melihat secara dekat bagaimana keadaan di dalam lombong tersebut.
Lawatan ini diharapkan akan memberikan maklumat yang berguna dan mendedahkan teknologi canggih yang digunakan dalam industri lombong pada waktu kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
InsyaAllah komeh ikut sekali
Parti2 politik memperjuangkan hak penjenayah. ianya menjadi trend yg tidak sihat dimana parti politik memperjuangkan hak penjenayah. Jika kita lihat di Kedah Pusat Penyembihan Babi Haram dibela oleh DAP. Kini DAP memperjuangkan Kuil2 Haram yang dibina atas tanah Kerajaan dan Persendirian. Kini sesiapapun boleh membina kuil dimana2 sahaja dan jangan risau tentang tindakan undang2 pasti ada ahli politik yg akan mempertahankan mereka. Jangan marah kalau remaja anda bermasalah dengan polis sebab contoh mereka adalah ahli politik yg tidak kenal undang2.
Asal Usul Nama Tempat Empang Jaleh
Dihulu sungai periu, Mukim Penjom daerah Lipis ada sebuah lombong emas. Lombong itu adalah sebuah yang tertua di negeri Pahang. Ada yang menyatakan bahawa lombong dihulu sungai Itu dibuka oleh orang Siam. Sekira ini benar maka lombong itu telah dibuka akhir kurun ke-14 atau pun awal kurun ke-15 masihi.
Apabila orang siam keluar dari Pahang selepas tewasnya Maharaja Dewa Sura TM 1454 maka lombong itu telah ditinggalkan. Entah berapa lama kemudian lombong itu dibuka semula. Dari pertenggahan kurun yang ke-9 lombong itu telah jadi sebuah lombong terkenal. Ia diusahakan oleh Penjom pada 22 Feb 1887, pengurus yang mengurus lombong dihulu sungai periu yang dikenali sebagai lombong emas Penjom, Encik Stuart. Hugh Clifford melawat lombong pada hari jumaat, 4 Mac 1887.
Mengikut ceritanya iaitu pada mulanya lombong itu tidak begitu berjaya kerana empang yang dibina sentiasa pecah beberapa teguh dibina masih juga pecah. Kejadian yang amat luar biasa itu amat menyusahkan fikiran yang empunya lombong itu. Disebabkan empang yang dibina itu selalu pecah maka terpaksalah, orang-orang yang menjalankan kerja dilombong itu mencari pawang yang benar-benar bijak. Didalam usaha itu mereka telah berjaya mendapatkan pawang bijak bernama jaleh. Jaleh telah dijemput dan diminta membina semula empang yang selalu pecah itu.
Setelah diminta membuat demikian maka Jaleh pun membuka tanah. Kemudian dia pun memulakan pekerjaan mengempang. Dengan dibantu oleh beberapa orang lain maka empang itu siap dibina. Kali ini empang itu tidaklah pecah lagi. Oleh kerana empang yang teguh itu dibina dengan pertolongan Pawang Jaleh maka empang itu dipanggil Empang Jaleh. Maka lekatlah nama itu hingga sekarang.
Hari ini diceritakan oleh pekerja lombong emas Empang Jaleh terdapat 48 buah lori penggangkut batu berharga RM 600.000 sebuah, 4 buah kereta mengorek batu yang sangat besar.
Rujuk:
Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang (2)
– Dato’ Haji Zakaria bin Hitam.
MUKIM PENJOM DAN KAMPUNG PAGAR
Kampung Pagar adalah sebuah kampung yang tertua di dalam Mukim Penjom. Kampung Pagar dibuka oleh orang keturunan asli beratus-ratus tahun yang lalu dan tempat ini dikenali sebagai Penjom.
Pada kurun ke lima belas, kampung ini telah jatuh ke tangan orang Melayu yang bernama Tok Diyung dari Perak berasal dari Bukit Seguntang Bugis Sumatra. Beliau mengalahkan puak orang asli dengan mengadakan ilmu kebatinan.
Tempat ini dikenali sebagai Penjom mengikut nama yang diberi oleh orang asli iaitu dari perkataan 'penyu'. Kawasan ini semakin hari semakin ramai penduduknya. Disebabkan kawasan ini selalu diancam oleh binatang buas, maka penduduk ini berpakat untuk membuat pagar dengan menggunakan batang-batang kayu yang ditanam rapat dengan ketinggian 10 kaki. Dari peristiwa itu kampung ini dinamakan Kampung Pagar.
Pada kurun ke 17 Kampung Pagar menjadi tumpuan peniaga-peniaga dari merata tempat untuk berniaga dan menjadi pusat perniagaan di kawasan ini.
Pemerintahan (Ketua Kampung) bertukar ganti dari Tok Diyung, Tok Mempian, Tok Malik, Tok Endik, Tok Yusof, Mukim Tom (Abu Bakar bin Yusof), Imam Pein Bin Imam Junid, Idris bin Mukim Tom, Hj Kamaludin Bin Imam Pein, Baharuddin Bin Idris dan sekarang Abdul Khalid bin Abdul Manan.
Pada tahun 1970 banjir besar telah melanda Kampung Pagar. Semua penduduk dipindahkan ke kawasan selamat. Atas daya usaha seorang anak tempatan, Tun Ghazali bin Shafee kawasan tersebut dijadikan kawasan perumahan yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Banjir Kampung Pagar atau RPSB Kampung Pagar.
Z"ran kalau you nak tulis sejarah penjom tu tulis la betul2.You tulis sejarah tu tak betul tentang My kampung...I harap you baca la sejarah kampung I dengan betul2.TQ
Post a Comment