Friday, January 1, 2010
Takziah : Tan Sri Mohamed Rahmat
Pergerakan Pemuda UMNO Penjom ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Mohamed Rahmat yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini ketika tidur di kediaman beliau, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Difahamkan Allahyarham menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun yang lalu.
Menyorot kembali penglibatan Allahyarham dalam dunia politik bermula dengan menyertai UMNO sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen Johor Baru Barat (Pulai) dalam Pilihan Raya Umum 1969.
Mohamed Rahmat telah dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia (1978-1982) dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Atas kapasiti sebagai Menteri Penerangan, beliau juga dilantik sebagai Setuausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional.
Dalam kerajaan, beliau menjadi Menteri Penerangan Malaysia dua kali kerana ketokohan dan kebolehan beliau dalam mempengaruhi pendengar iaitu dari 1978-1982 sebelum digantikan oleh Dato Seri Mohd Adib Mohamad Adam dari Melaka. Selepas itu, Allahyarham Mohamed Rahmat dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Jakarta, Indonesia pada 1982.
Kemudiannya beliau dilantik semula sebagai Menteri Penerangan dari tahun 1987-1999 kerana kesetiaan dan kebolehan beliau.
Dato Mohamed Rahmat telah menulis sebuah buku bertajuk ‘Umno: Akhir Sebuah Impian’
Sesungguhnya sumbangan beliau kepada Negara tidak ternilai. Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam bro, Al-Fatihah buat Arwah dan takziah buat kelauarganya.....
Inilah seorang Menteri dan pemimpin yang berjiwa rakyat, prihatin dengan pegawai bawahan yang pernah kawan kenali dalam Jabatan kawan........
Semog rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..... InsyaAllah.
Bro..Yang Gambi,
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
Lirik lagu SETIA di atas akan tetap sinonim dengan Allahyarham Tok Mat dan Kementerian Penerangan sampai bila-bila. Kita patut mencontohi semangat dan pengorbanan Allahyarham seluruh jiwa raganya kepada UMNO dan kerajaan.
Pemuda Penjom juga seperti Bro. Gambi mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan dikasihi Allah SWT. InsyaAllah.
Semoga Islam tertegak berlandaskan Islam yang Syumul...
Post a Comment