Thursday, November 19, 2009
Pulau Kucing perlukan Generasi Muda Pertanian
Pulau Kucing di Mukim Penjom pada satu ketika dulu meriah dengan aktiviti pertanian seperti tanaman jagung, sayur-sayuran dan paling sinonim dengan tanaman kacang tanah.
Tanahnya yang subur dan mempunyai infrastruktur jalan pertanian disediakan oleh kerajaan telah merancakkan lagi aktiviti di situ.
Nama sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti pertanian di situ mulai suram. Baru-baru ini dipaparkan dalam akhbar ruangan Interaktif Sinar Harian tentang desakan seorang petani yang pernah mengusahakan tanaman kacang tanah supaya kerajaan dan Ahli Parlimen Lipis supaya mengembalikan semula kegemilangan kawasan tersebut dengan tanaman itu.
Baru-baru ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan varieti baru kacang tanah kepada masyarakat tani yang dinamakan sebagai Margenta sempena warnanya.
Margenta dibawa masuk dari Malawi dan varieti baru ini dihasilkan oleh International Crop Research Institute for Semi-Arid Tropics, di India dengan nama kod CG7.
Dengan tempoh matang yang lebih pendek, daya ketahanan penyakit lebih tinggi, saiz lebih besar hasil dan kualiti lebih baik berbanding varieti tempatan, ia bersesuaian dengan cita rasa pelanggan dan kehendak pengilang.Varieti ini telah bangunkan melalui penilaian setempat dan telah terbukti mempunyai potensi hasil yang tinggi di tanah bris dan sesuai dijadikan salah satu tanaman singkat masa yang dapat ditanam secara giliran dengan jagung manis dan keledek.
Y.B. Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dalam ucapan pelancaran Varieti ini di Stesen Penyelidikan MARDI Telong, Bachok, Kelantan pada 16 Ogos 2009 menyarankan supaya lebih ramai petani menanam varieti ini kerana varieti ini sangat sesuai untuk tanah bris. Selain daripada itu, kacang tanah juga boleh dijadikan tanaman pilihan yang baik bagi sistem tanaman integrasi atau perladangan campur kerana sisa baki tanaman (batang dan daun) sesuai dijadikan sumber makanan ternakan yang berkhasiat sama ada dalam bentuk segar atau setelah diproses menjadi silaj.
Ternyata ia bukanlah tanaman ekonomi yang penting, ironinya permintaan terhadap pelbagai produk kacang tanah terus meningkat setiap tahun di negara ini.Sebagai contoh pada tahun 2002, pengeluaran dalam negara cuma 1,637 tan, permintaan pula sebanyak 31,933 tan dan bagi memenuhi keperluan, negara terpaksa mengimport kacang tanah dengan nilai lebih RM48 juta.
Belum ditemui angka terbaru namun Malaysia kini dikatakan tergolong antara negara pengimport kacang tanah terbesar selepas Kesatuan Eropah, Kanada dan Indonesia.
Bagi Pemuda & Belia Penjom yang berminat dalam bidang pertanian dan merancang untuk menjadi generasi baru untuk memajukan Pulau Kucing dengan budaya pertanian baru melalui penanaman Kacang Tanah bolehlah menghubungi :
Ketua Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih
dan Baka Ternakan MARDI
Ibu Pejabat MARDI Serdang, Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor
Tel. 03-8943 7464, Faks: 03-8943 7366
Emel: msmadom@mardi.gov.my
Semoga Penjom akan menjadi Lembah Pertanian yang terkenal dengan Tanaman Kacang Tanah. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah2...penjom semakin maju dan moden!!!
kacang nie kalau goreng pn sodap...!!!
Post a Comment