Saturday, August 29, 2009

PTPTN : Pemuda UMNO Penjom Ucap Terima Kasih kepada Kerajaan


Pemuda UMNO Cawangan Penjom ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana Kementerian Pengajian Tinggi melalui Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan bahawa Graduan cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin akan menerima bantuan untuk membayar balik sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi skim dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR). Baca di Sini(Sila Klik)

Pemuda Penjom dalam Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan yang bersidang pada 20 Jun 2009 yang lalu dalam Usul Pendidikannya (PTPTN) ada menyatakan bahawa :

"3. Mencadangkan kepada Kerajaan untuk mengiktiraf kejayaan mahasiswa-mahasiswi disamping mendorong generasi muda Malaysia untuk mencipta kecemerlangan pendidikan dengan menganugerahkan pengecualian pembayaran pinjaman PTPTN atau pemansuhan 50 % pinjaman kepada mahasiswa-mahasiswi yang mencipta kecemerlangan di kampus"

Sila klik di sini untuk baca keseluruhan Usul : Usul PTPTN-Pemuda UMNO Penjom(Sila Klik)

Walaupun bukan semua mahasiswa-mahasiswi yang cemerlang akan mendapat keistimewaan ini, tapi ia lebih bermakna apabila pelajar cemerlang dari Keluarga Miskin dan Berpendapatan Rendah mendapat penghargaan daripada Kerajaan.

Walaubagaimanapun, Pemuda UMNO Penjom terus tetap dengan cadangannya kepada kerajaan untuk menimbangkan supaya kos pentadbiran tetap yang dikenakan kepada peminjam sepanjang tempoh penangguhan (Maksimum 2 Tahun) tersebut dikaji semula dan mencari mekanisme terbaik untuk tidak membebankan golongan mahasiswa-mahasiswi yang belum mendapat pekerjaan atau tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Pemuda Penjom sekali lagi menyertai Pemuda UMNO Cawangan dan Bahagian lain di Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kerana mempertimbangkan usul-usul pendidikan seperti ini yang dicadangkan kepada Kerajaan.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Cucu Tok Linggi said...

Tahniah Belia Penjom kerana sambut merdeka mengalahkan sambutan peringkat kebangsaan di Parlimen. Tapi jangan hanya sambut aje ,kena juga buat kerja untuk isi kemerdekaan. Banyak lagi perkara-perkara yang belum merdeka!!. Tapi kita percaya dengan pimpinan orang-orang kuat Penjom di perantauan seperti Nizam, Azi, Karim dan lain-lain akan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan budak-dudak untuk mengisi kemerdekaan supaya ianya benar-benar bermakna.

azran yunus said...
This comment has been removed by the author.