Tuesday, October 6, 2009

Pemuda Lancar Tabung 'Prihatin Padang'


Dengan rasa tanggungjawab dan penuh simpati, Pergerakan Pemuda UMNO Penjom telah melancarkan 'Tabung Prihatin Padang' bagi mengutip sumbangan untuk mangsa gempa bumi di Sumatera Barat, Indonesia pada 2 Oktober 2009 (Jumaat).

Program kutipan derma ini adalah kerjasama Persatuan Belia Penjom, Pergerakan Wanita UMNO Penjom & Pergerakan Puteri UMNO Penjom.

Pelancaran Tabung ini bagi menyokong Tabung ‘Prihatin Padang’ yang telah dilancarkan oleh Akhbar Sinar Harian.

Sumbangan wang tersebut akan dihantar terus kepada pihak berkuasa di wilayah berkenaan dari semasa ke semasa oleh pihak Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (pemilik Akhbar Sinar Harian).

Usaha pelancaran Tabung ini adalah satu cara untuk berkongsi rasa kesedihan dan simpati rakyat Malaysia khususnya penduduk di Kg. Pagar & Kg. Genting, Penjom.

Kejadian gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter itu telah berlaku di Wilayah Sumatera Barat, Indonesia pada 30 Oktober 2009 (Rabu). Maklumat terkini menyatakan dijangka hampir 3000 orang terkoban dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat.

Kebanyakkan mangsa yang terbunuh adalah di Padang, Sumatera Barat yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 900,000. Ramai yang terbunuh adalah disebabkan tertimbus apabila hampir 500 bangunan di kota itu runtuh.Majoriti penduduk di Sumatera Barat adalah beragama Islam.

Wakil Sinar Harian di Kuala Lipis, Cik. Fansurina binti Abdullah telah hadir bagi menerima sendiri bagi menerima sumbangan dari kutipan tabung tersebut yang berjumlah RM 700.00 dan Rupiah 11,000 (RM 33.00) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Batu 6 Penjom pada 03 Oktober 2009 (Sabtu) jam 11.00 pagi.

Dalam ucapan ringkas Pengerusi Masjid Penjom yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK Genting), En. Mohd Noor bin Teh berkata Pihak Masjid memberi sokongan penuh kepada program ini dan sebahagian daripada kutipan pada Solat Jumaat hari sebelumnya diserahkan kepada Tabung tersebut.

Pihak Pemuda ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada :-

1. En. Noraziran bin Yunus (Bendahari, Persatuan Belia Penjom) yang bertungkus-lumus untuk menyelaraskan program kutipan derma.

2. En. Mohd Nor bin Teh (Pengerusi Masjid Penjom) yang membenarkan kutipan sumbangan dibuat di Masjid Penjom.

3. Ustazah. Rogayah binti Abdul Rahman (Ketua Wanita UMNO Penjom) yang memberi sokongan kepada program ini.

4. En. Hamdan bin Abdul Hamid (Setiausaha Masjid Penjom) yang memberi nasihat dan panduan dalam program kutipan.

Kepada AJK Pemuda UMNO Penjom, Wanita, Puteri dan ahli-ahli Persatuan Belia Penjom yang memberi sokongan kepada Program Sumbangan Prihatin Padang. Semoga usaha kita diberkati Allah dan membantu serba sedikit saudara SeIslam kita di bumi Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

No comments: