Tuesday, December 29, 2009

Rintihan Rakyat : Bas Pahang Lin Siong



"PERKHIDMATAN bas Pahang Lin Siong sangat teruk. Bas selalu lambat dan tidak tentu masa. Harap pihak berkenaan pantau masalah ini dan cari jalan untuk mengatasinya"

Begitulah rintihan rakyat yang dihantar ke ruangan interaktif akhbar Sinar Harian hari ini. Agaknya beliau sudah tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi bagi mengambarkan kekecewaanya terhadap perkhidmatan bas Pahang Lin Siong yang telah menjalankan khidmat hampir berdekad lamanya.

Secara mudahnya, pengguna bas adalah golongan yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan berpendapatan rendah. Kerana tiada pilihan lain, hanya pengangkutan awam sahajalah yang menjadi tempat bergantung harap bagi bergerak dari satu destinasi ke satu destanasi yang lain.

Semasa Bajet 2009, Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem pengangkutan awam negara. Suruhanjaya ini dijangka memulakan operasi pada tahun 2010.

Adalah diharapkan kerajaan serius bagi membangunkan isu pengangkutan awam khususnya di luar bandar yang majoriti penggunanya adalah golongan rakyat yang kurang berkemampuan.

Keadaan fizikal bas yang kondusif dan selesa perlu diberi perhatian. Jika bas-bas yang beroperasi di bandar mempunyai hawa dingin dan tempat duduk yang selesa, keadaan yang sama mesti juga ingin dinikmati oleh rakyat di luar bandar.


Pemuda Penjom dengan rendah diri ingin mencadangkan kepada Ahli Parlimen Lipis dan ADUN setempat bagi mengikuti jejak langkah YAB Dato' Seri Najib yang meninjau sendiri kualiti pengangkutan awam.

Berpandukan pendekatan Allahyarham ayahandanya, Dato' Sri Najib Tun Razak juga inginkan pentadbirannya memahami denyut nadi rakyat agar ia berupaya menyelami keluh kesah dan gundah gulana sebenar kehidupan seharian rakyat.

Perdana Menteri berkata siri "walkabout" atau tinjauan mesra oleh beliau di kawasan-kawasan tertentu bukan sahaja bagi membolehkan beliau mendekati rakyat tetapi lebih penting supaya beliau dapat merasai sendiri secara visual dan melalui panca deria akan segala bau dan hiruk pikuk serta liku-liku kepayahan yang dilalui oleh orang ramai dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

"Contohnya, bagaimana kita hendak menggubal dasar pengangkutan awam jika kita sendiri tidak turun ke bawah menaiki LRT dan komuter atau bas yang menjadi nadi pengangkutan selama ini," katanya ketika berkongsi pengalamannya dalan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Putrajaya

Kalau kita ingat lagi, tak sampai sebulan memegang jawatan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib telah membuat tinjauan sambil berjalan dan menemui orang ramai di Petaling Street, Pantai Dalam dan Brickfields bagi meninjau kehidupan masyarakat akar umbi. Beliau juga telah meninjau sistem pengangkutan awam dengan menaiki LRT dan melawat stesen bas Puduraya.



“Beliau mengalami sendiri, dengan berjalan kaki dan menaiki LRT bersama orang ramai, apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari, seperti kesesakan dan pelbagai kesulitan lain, di kawasan sesak.

Najib berkata beliau teringat pendekatan Allahyarham ayahandanya, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, yang turun merapati rakyat ke kampung, sawah bendang, tanah-tanah rancangan serta menaiki basikal dan berperahu.

Najib berkata memang jelas pengalaman yang diperoleh itu amat berharga dan penilaian yang dapat dibuat sangat berbeza berbanding penilaian berasaskan laporan-laporan dibentang dalam keselesaan bilik pejabat berhawa dingin yang terpisah jauh daripada realiti kehidupan.

Perdana Menteri berkata sebab itulah beliau mahukan wakil rakyat dan pegawai kerajaan juga turun padang dari semasa ke semasa untuk memahami masalah pelanggan masing-masing.

"Jika kita benar-benar ingin berkhidmat untuk rakyat, kita perlu mengetahui rintihan massa. Kita perlu fahami setiap masalah, kekangan dan kesulitan yang dihadapi rakyat, barulah kita mampu mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut," katanya.

Kalau YAB Dato' Sri Najib berazam untuk menjadi Dikenali Sebagai Perdana Menteri Rakyat, adalah diharapkan Wakil yang kita pilih di Daerah Lipis juga benar-benar menjadi Wakil kepada Rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah kerana mengenengahkan isu ini. Bas merupakan mengangkutan utama untuk orang-orang kg dan makcik2 yang ke pekan sari pada hari sabtu. Kaweh jugak merasa sejam lebih tunggu bas dulu.. Perkhidmatan yang diberikan tidak berpatutan dengan kenaikan kadar tambang yang dikenakan. Tambang naik, tapi perkhidmatan amat2 mengecewakan.

Rintihan penduduk yang dihantar kepada akbar SINAR HARIAN seolah-olah 'mencabar' kewibawaan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Negeri iaitu YB.Dato' Ir.Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak,DSAP., DIMP., AMP. dalam mengatasi masalah ini.

Sekian, Terima Kasih..

IbnuHussin said...

pemimpim berjiwa rakyat perlu merasai peri peritnya rakyat hidup di negara yang diperintah oleh kerajaan 1Malaysia...
YB Perlu turun padang tanpa mengharapkan sambutang gilang gemilang...
contohilah pemerintahan Rasulullah...

Anonymous said...

Adalah menjadi harapan agar Pemuda UMNO Penjom memperjuangkan isu ini dengan lebih berkesan. Menghantar memorandum mungkin boleh dijadikan satu cara agar pihak2 yang berkenaan 'menyedari' kewujudan isu ini.

Isu ini mungkin boleh dianggap kes2 terpencil bagi sesetengah pihak, tapi kepayahan & kesusahannya hanya yang berkenaan (pemunpang bas) jer yang tahu.