Wednesday, March 3, 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di Pusara Allahyarham Tun Ghazali Shafie-Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.



Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dengan kerjasama Ahli Parlimen Lipis, YB Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di Pusara Negarawan Malaysia Allahyarham Tun Muhammad Ghazali bin Shafie.

Program yang telah berlangsung pada 27 Februari 2010 (Sabtu) yang lalu telah disertai seramai 200 orang terdiri daripada wakil-wakil dari Cawangan UMNO dari DUN Padang Tengku, Dun Cheka dan DUN Benta. Turut hadir ialah anak-anak kelahiran Kuala Lipis yang tinggal di ibukota.

Program dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan tahlil arwah yang diketuai oleh Ustaz Ab. Lah bin Mat Isa yang juga merupakan Penghulu Mukim Cheka 1, Kuala Lipis. Selepas tahlil, anggota rombongan dijamu dengan jamuan makan tengahari.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan selepas makan tengahari, Y.Bhg Datin Yuhani binti Shafie (iaitu adik kandung kepada Allahyarham Tun) dalam ucapannya telah merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada rombongan dari Lipis yang bersusah-payah mengambil usaha untuk mengadakan majlis tahlil pada hari ini.

Dalam nada sebak, beliau turut berkongsi kisah bagaimana pada sewaktu hayat Allahyarham Tun Ghazali Shafie begitu berhasrat untuk disemadikan disebelah pusara ayah dan bondanya di Batu 2, Kuala Lipis. Walaubagaimanapun, atas permintaan YAB Dato' Sri Najib-Perdana Menteri Malaysia, jasad Allahyarham telah disemadikan di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur.

Y.Bhg En. Mustapa Haji Long-Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis mewakili UMNO Bahagian juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli-ahli rombongan dan Pemuda UMNO Penjom yang mengambil inisiatif yang dilihat satu usaha patriotik dalam mengenang jasa seorang Negarawan yang berasal dari Daerah Lipis. Menurutnya lagi UMNO Bahagian Lipis sedang berusaha untuk mengabadikan nama Allahyarham Tun Ghazali Shafie di MRSM Lipis sebagai satu langkah supaya nama Tun Ghazali Shafie terus dikenang sepanjang zaman.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Khairul Nizam Dato' Abu Dahari dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga Allahyarham Tun Ghazali Shafie yang turut hadir pada majlis tersebut, kepimpinan UMNO Bahagian, Ahli Parlimen Lipis-Dato' Dr. Shahrum Osman, Pejabat Menteri Pelajaran dan Pejabat Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang turut memberi sokongan dalam penganjuran program kali ini.

1 comment:

Anonymous said...

Suka dicadangkan pihak tuan mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Group nie terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka hanya perlu sponser tempat tinggal, duit minyak dan sagu hati (sekadarnya) aje. Jika berminat, boleh hubungi Sdra. Saiful di talian 013-3655 715 untuk perbincangan lanjut