Friday, July 31, 2009

Majlis Tahlil anjuran Pemuda dan Belia Penjom


Pada 30 Julai 2009 (Khamis) satu Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom bertempat di Masjid Batu 6 Penjom, Kuala Lipis bermula jam 7.30 malam.

Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjemah, Solat Sunat Hajat dan diikuti dengan bacaan Yassin serta Solat Isyak berjemaah.

Majlis tahlil arwah ini diadakan untuk Allahyarham Pak Itam Yunus (Bekas Ketua Cawangan), Allahyarham Paklang Hud, Allahyarham Dato' Abu Dahari bin Osman dan Allahyarhamah Sakinah binti Musa (Adinda kepada Shahrul Azizul Musa-Ketua Penerangan Pemuda Penjom).

Hampir 100 orang hadir bagi menjayakan majlis tersebut termasuk ahli-ahli Belia dan Pemuda Penjom.

4 comments:

UMNO Bahagian Lipis said...

Al Fatihah, semoga perjuangan mereka dikenang sepanjang hayat dan tugas kita pula untuk meneruskan perjuangan. TAHNIAH..PPU Penjom.

Pemudapenjom said...

Terima Kasih atas ingatan blog UMNO Bahagian Lipis dan bacaan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang bangsa di Penjom.

Setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih juga kerana Blog UMNO Bahagian Lipis sudi singgah di laman Blog Pemuda UMNO Penjom yang tak seumpamanya ini.

Semoga usaha ini mendapat bimbingan dan perkongsian pintar dengan blog UMNO Bahagian Lipis dari segi maklumat dan apa jua aktiviti yang bermanfaat kepada rakyat. InsyaAllah.

Terima Kasih sekali lagi.

Anonymous said...

Salam,
Blog ini telah dimasukkan dalam blog aggregator Gabungan Suara Anak Pahang. Sila bookmark dan jadikan Gabungan Suara Anak Pahang sebagai blog bagi memantau semua blog-blog di Pahang. ~ Admin. Gabungan Suara Anak Pahang.

Anonymous said...

Gabungan Suara Anak Pahang http://gerbangtemumaya.blogspot.com