Thursday, August 13, 2009

Pemuda dan Wanita UMNO Penjom anjur Lawatan Ke Majlis Tilawah Antarabangsa



Pemuda Penjom, Persatuan Belia Penjom dan Pergerakan Wanita UMNO Penjom telah menganjurkan lawatan ke Putrajaya serta menghadiri Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-51 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2009 (Rabu).

Idea penganjuran program ini telah dicetuskan oleh Y.Bhg Tuan Pengerusi Tetap-Saudara. Abdullah Zawawi bin Kamaluddin dan diuruskan bersama oleh Pemuda UMNO Penjom dan Puan. Rogayah binti Abdul Rahman (Ketua Wanita UMNO Penjom).

Program yang julung-julung kali diadakan ini juga turut disertai oleh penduduk kampung Mela, Kuala Lipis.

Seramai 40 orang penduduk kampung telah menyertai lawatan ini dan 40 orang lagi dari Kampung Mela.

Peserta telah berpeluang melawat Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri. Peserta juga disajikan dengan makan tengahari yang disediakan oleh Pejabat Y.B Tuan. Haji Ahmad bin Maslan-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pemuda dan Wanita Penjom ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Mohamad Khairudin bin Mohamad-Setiausaha Sulit Kanan, Tuan Haji Mohd Fauzi bin Sunawan-Setiausaha Sulit, Cik Rozalita binti. Taharim dan semua kakitangan Pejabat Y.B Tuan Haji Ahmad bin Maslan yang memberi layanan mesra kepada ahli rombongan ketika melawat Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.

Pada sebelah malamnya, ahli-ahli rombongan telah menghadiri Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Antarabangsa di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dan qari Iraq, Usama Abdullah masing-masing muncul Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-51.

Hadiah kepada pemenang qari disampaikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah, manakala hadiah pemenang qariah oleh Sultanah Haminah Hamidun.Seramai 66 peserta terdiri daripada 42 qari dan 24 qariah dari 43 negara mengambil bahagian pada tilawah tahun ini bertemakan ‘Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’ yang berlangsung sejak Rabu minggu lepas.

Terima kasih kepada Ustaz. Rizal dan Ustaz. Najmuddin yang memperuntukkan tempat duduk khas kepada semua ahli rombongan.

Dalam kesempatan ini juga, Pemuda, Belia dan Wanita UMNO Penjom ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Y.B.Dr.Mohamad Shahrum bin Osman
Ahli Parlimen Lipis
(Yang telah memberi peruntukkan 2 buah bas)

Y.B Tuan. Haji Ahmad bin Maslan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(menaja makan tengahari dan lawatan ke Kompleks Perdana Putra, JPM)

Y.B Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein-
Menteri Dalam Negeri
(yang telah menaja makan malam),

Y.B. Dato' Devamany a/l S.Krishnasamy
Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(telah menaja minum malam)

Bahagian Pentadbiran & Kewangan
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
(menguruskan lawatan ke majlis tilawah dan membekalkan cenderahati serta jamuan ringan)

Y.Bhg En. Mustapa bin Haji Long
Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang dan
Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis
(yang memberi panduan dan khidmat nasihat bagi melancarkan pengurusan lawatan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ustazah Rogayah binti Abdul Rahman
Ketua Wanita UMNO Penjom
(yang bertungkus-lumus menjayakan lawatan)

En.Ab. Lah bin Mat Isa (Ustaz Lah
Penghulu Mukim Cheka 1
(yang turut memberi sokongan kuat kepada program ini)

Semoga program yang bermanfaat seperti ini untuk rakyat dan masyarakat kampung.

Buat Pemuda Penjom dan Belia Penjom.

Mari kita renungkan kata-kata berikut

"Biar Jasa Jadi Kenangan"- Moto Persatuan Bolasepak Kedah
"Hidup Biar Berjasa" -Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Marilah kita mengambil semangat moto persatuan mereka ini sebagai hala tuju Pemuda dan Belia Penjom untuk terus berbakti kepada orang-orang kampung kita dan rakyat secara amnya.

1 comment:

Anonymous said...

bgla anugerah tertinggi negara kpd qariah kita