Thursday, October 22, 2009

Ketua Pemuda UMNO Penjom seru Pemuda Mantapkan Pemuda melalui 4 Rukun-Sinar Harian



Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom dengan kerjasama Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Penjom telah diadakan pada 17 Oktober 2009 bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam.

Hampir 1,000 orang telah hadir ke majlis tersebut terdiri daripada penduduk Kampung Pagar, Kampung Genting dan sekitar Daerah Lipis.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Exco Kerajaan Negeri Pahang Y.B Dato’ Wan Rosdy Wan Ismail-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang dan Y.Bhg En. Mustapa bin Haji Long-Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis dan. En. Abdullah Zawawi Kamaluddin-Penghulu Mukim Telang yang juga merupakan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Penjom.

Menurut Khairul Nizam bin Dato’ Abu Dahari “Antara tujuan penganjuran Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini ialah untuk merapatkan silaturrahim sesama penduduk dan memantapkan lagi persefahaman dikalangan golongan muda di kampung. Di samping itu, dalam usaha merealisasikan penganjuran program ini, ia telah secara tidak langsung telah mempraktikan 4 rukun pembaharuan UMNO yang telah digariskan oleh Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini. Antaranya ialah empat rukun itu ialah Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr), Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb), Kesatuan Amal (Wahdatul Amal) dan Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf).

“Walaupun ia dipraktikkan dalam konteks yang kecil melalui penganjuran program Ramah Mesra Aidilfitri, sekurang-kurangnya golongan pemuda telah faham tentang kepentingan elemen-elemen rukun tersebut dalam proses gerakan berpersatuan. Lantaran itu, pemantapan kepada 4 rukun ini akan lebih mudah dilaksanakan dalam skop yang lebih besar pada masa akan datang”

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Penerangan Daerah Lipis, En. Mat Zin bin A.Rahman yang telah menyampaikan sumbangan sebuah komputer untuk Komuniti Bestari Penjom. Komputer tersebut akan diletakkan di Anjung Bestari Penjom bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Penjom untuk kegunaan bersama penduduk kampung.

Salah seorang penduduk Belia yang ditemui, En. Noraziran bin Yunus memuji usaha yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom dan berharap program seperti ini akan menjadi tradisi setiap tahun dan menjadi medan pertemuan penduduk kampung bagi beramah mesra dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah serta rasa persaudaraan.

3 comments:

bRAVEhEART said...

Syabas Pemuda Penjom yang lebih celik dari Jerantut yang sudah buta mata dan hatinya ~ bRAVEhEART

Anonymous said...

Tahniah kerana memulakan sesuatu dengan iltizam. Paparkan cetakan Blog di kedai sekitar kampung. Alamat URL sebarkan kepada semua agensi kerajaan di daerah Lipis. Aktifkan komen, rencana supaya dapat dimanfaatkan. Syabas!

RABIMITASAN said...

Kome suke sangat dengan bende yang deme dah buat. Baguh le gitu. Keh sokong. kek nye, bende ni kene la kabo, kene cetak lepas teh jangan lupe deme kene masuk juge sejarah UMNO penjom.... baru la komplet.