Friday, June 19, 2009

Pemuda UMNO Penjom lancar Blog



Pergerakan Pemuda UMNO Penjom bakal melancarkan blog sebagai suara rasminya bagi menghubungkan ahli-ahli pergerakan Cawangan dan juga rakyat.

Menurut Ketuanya, Khairul Nizam bin Dato' Abu Dahari "Usaha ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi maklumat hari ini, Pergerakan Pemuda UMNO Penjom bersama-sama dengan arus universal menggunakan media baru sebagai usaha menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan terutama bagi ahli-ahli dan juga penduduk Penjom yang tinggal di luar kampung dan daerah".

"Ahli-ahli digalakkan untuk menggunakan kemudahan ini secara maksimum dan mengambil peranan aktif dalam memajukannya."Laman blog Pergerakan Pemuda UMNO Penjom boleh dilayari di http://pemudapenjom.blogspot.com

2 comments:

Uda said...

Tahniah laa pemuda Penjom. Buat langkah pro-aktif.

PKMPL said...

Tahniah pemuda penjom dan saudara nizam. Keep up the active work.