Tuesday, June 23, 2009

Usul Pendidikan Pemuda Penjom-PTPTN


KERTAS MESYUARAT BIL. 04/09
PERINGATAN PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
CAWANGAN : PENJOM / BAHAGIAN : LIPIS

1.USUL PENDIDIKAN

PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Penjom sangat menghargai usaha kerajaan mewujudkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam membantu rakyat membiayai pengajian pendidikan peringkat tinggi. Sesungguhnya Pergerakan Pemuda sedar dan setuju bahawa setiap hutang wajib dibayar agar peluang pinjaman ini dapat diteruskan kepada generasi seterusnya. Pada masa yang sama, ianya juga tidak harus membebankan pihak-pihak yang telah mendapat kemudahan ini.


MENYEDARI Bahawa dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak begitu baik menyebabkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan amatlah terhad dan seterusnya mahasiswa-mahasiswi yang baru menamatkan pengajian tiada punca pendapatan untuk membayar balik pinjaman.

MEMAKLUMI Walaupun Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan untuk memberi kebenaran menangguhkan pembayaran balik pinjaman maksimum selama 2 tahun bagi golongan yang belum mendapat kerja dan menyambung pengajian, DIDAPATI bahawa kos pentadbiran tetap dikenakan kepada peminjam sepanjang tempoh penangguhan tersebut.

MENGINSAFI bahawa syarat ini sememangnya akan terus membebankan mahasiswa-mahasiswi yang belum bekerja disamping tekanan yang dihadapi dalam proses untuk memulakan hidup.

MAKA Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Penjom yang bersidang pada hari ini 20 Jun 2009 membuat ketetapan:

1. Merayu kepada Kerajaan agar mempertimbangkan semula syarat pembayaran balik ini dan menyediakan mekanisme pembayaran balik yang lebih mesra pelanggan dengan mempertimbangkan kebajikan rakyat.

2. Mencadangkan kepada Kerajaan untuk mempertimbangkan satu sistem REBAT ataupun INSENTIF diwujudkan bagi mahasiswa-mahasiswi yang membayar pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Mencadangkan kepada Kerajaan untuk mengiktiraf kejayaan mahasiswa-mahasiswi disamping mendorong generasi muda Malaysia untuk mencipta kecemerlangan pendidikan dengan menganugerahkan pengecualian pembayaran pinjaman PTPTN atau pemansuhan 50 % pinjaman kepada mahasiswa-mahasiswi yang mencipta kecemerlangan di kampus.

1 comment:

AntiGPMS said...

Setakat mana lah perginya usul ni kalau bukan "dibakulsampahkan", datang dari cawangan sealiran dan sekepala dengan parti pemerintah, PASTINYA akan dibutakan mata, dipekakkan telinga. Cadangan hanya tinggal cadangan, yang merana tetap PELAJAR MELAYU, ini semua hanya la fatamorgana dongengan UMNO yang tentunya rakyat sudah matang untuk menolak mentah2. Cukuplah beretorik lebih 50 tahun perjuangan kononnya membela(sah) agama, bangsa dan tanahair! Hakikatnya, kalau perjuangan nenek moyang terdahulu, ya memang tidak dapat dinafikan ikhlas berjuang hingga ke titisan darah teringat, tetapi kini...perjuangannya menitiskan darah rakyat yang terakhir. Cube tengok rumah Dr Khir, penyelewengan PKFZ, tu belum soal2 pembalunan wang rakyat lain, pelajar dipaksa buat pinjaman sampai bergolok gadai hutang untuk menuntut ilmu, tapi pemimpin?