Monday, September 14, 2009

Pusat Jalur Lebar Komuniti Penjom-Usaha Kerajaan Rapatkan Jurang Komunikasi


Pemuda UMNO Penjom dan Belia Penjom diseru untuk mengambil peluang mempelajari serta meluaskan ilmu pengetahuan melalui Teknologi Maklumat (ICT). Melalui teknologi tersebut, para belia dan pemuda dapat mengetahui maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti politik, aktiviti kebudayaan, pengetahuan saintifik dan mempelajari cara yang interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan

Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan bagi mendedahkan teknologi ini ialah melalui penubuhan Pusat Jalur Lebar Komuniti. Ia merupakan salah satu projek kerajaan yang dilaksanakan dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat.

PJK ialah satu Program Usahasama Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) , Telekom Malaysia (TM), MSD Digital Itelligence (MSD),Kerajaan Negeri Pahang (Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)dan Pejabat Daerah Lipis).

Projek ini memberi fokus kepada penyediaan perkhidmatan teknologi maklumat (ICT) di kawasan luar bandar

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di PJK Penjom :

Internet,Binding,Liminating,Scan,Printing,Fotostat & Kelas Komputer

PJK Penjom menyediakan bilik latihan yang lengkap berinternet, LCD projector dan screen putih. Ia diuruskan oleh Pengurus : Cik. Atikah Rusyda binti Hamdan dan Penolong Pengurus : En. Noraziran bin Yunus. Mereka ini telah dilantik oleh SKMM dan Telekom (TM).

Menurut Penolong Pengurus PJK Penjom, En. Noraziran bin Yunus "Sejak dibuka pada Mac 2009 yang lalu, pusat ini mendapat sambutan yang menggalakan terutama dikalangan generasi muda dan peringkat persekolahan.

Para belia hendaklah merebut peluang keemasan yang disediakan kerajaan dalam mendalami ilmu teknologi maklumat. Pengguna hanya dikenakan bayaran RM 1.00 bagi yang menjadi ahli dan RM 1.50 bagi yang bukan ahli.

Yuran keahlian pula hanya RM5.00 untuk seumur hidup. Bayaran ini amatlah rendah jika dibandingkan dengan kafe siber persendirian yang mengenakan kos yang lebih tinggi".

Ia juga tidak terhad kepada golongan muda sahaja, malahan golongan berumur dan warga emas juga sangat digalakkan untuk mendalami ilmu ICT ini. Konsep 'Belajar Sepanjang Hayat' perlu diamalkan sesuai dengan seruan Islam yang meminta umatnya belajar dari kecil hingga ke liang lahad


PJK Penjom dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Cuti Umum. Ia boleh dikunjungi di :

Pusat Jalur Lebar Komuniti Penjom (PJK Penjom)
Kedai JKKK Kg Pagar Penjom
27200 Kuala Lipis
Pahang

Maklumat Lanjut : PJK Penjom(Sila Klik)

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

Hashim Zabidi said...

Selamat hari raya Idilfitri, maaf zahir batin