Friday, September 25, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri 2009


JAMUAN AIDILFITRI PEMUDA UMNO PENJOM & PERSATUAN BELIA PENJOM.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H
Sempena Lebaran Tahun Ini, Kita Akan Mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri, Seperti Di Bawah;

Tarikh : 17 OKTOBER 2009 / 27 SYAWAL 1430H
Tempat : Dewan Orang Ramai, Batu 6 Penjom.


SEMUA PENDUDUK KG PENJOM & SEKITAR DIJEMPUT HADIR

P/S: sumbangan bagi menampung kos jamuan sebanyak RM 20.00 @ lebih, boleh diberikan kepada Aziran Yunus sebelum 16 OKTOBER 2009.

3 comments:

PKMPL said...

laman web baru ahli parlimen lipis

http://parlimen79.blogspot.com/

Hashim Zabidi said...

Salam semua ahli-ahli Pemuda UMNO Penjom, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Mengenai Tok Baginda Demu Raja di Yong, adalah kesan sejarah yang agak kompleks kerana ianya merupakan cerita dari mulut ke mulut tanpa fakta yang sah.

Menurut salsilah yang ditulis oleh Tok Muhamad Dahan bin Imam Teh Penghulu Mukim Sega yang ke 6 (kini aruah) dan Pak Itam Zakaria bin Imam Ngah (aruah) bekas Ketua Kampung, Kampung Tersan, mengatakan bahawa Tok Demu dan isterinya Tok Temu berasal dari Asam Kumbang Perak, membuka negeri/kampung halaman di Lubuk Yong kehulu sedikit dari Batu Kurap, berdekatan Kampung Pasir Mas.

Mengikut cerita, Tok Demu anak buangan dari istana di Perak, dipelihara oleh Batin Orang Asli bernama tok Mutan dan bininya Tok Ulan, lalu lari meninggalkan Perak hingga sampai ke Lubuk Yong. Saya pernah berbual dengan Dato'Abdul Razak Atur mengenai hal ini dan mendapati ceritanya sama.

Buku salsilah yang ditulis oleh Tok Penghulu Muhamad Dahan bin Imam Teh, sekadar bermula dari Tok Amin gamit kepada Tok Baginda Demu, kerana kami adalah dari keturunan itu (Tok Mat Amin).

Tok Mat Amin bin Tok Malik,
Tok Malik bin Tok Mohd.Saleh,
Tok Mohd Saleh bin Tok Ngah Endit,
Tok Ngah Endit bin Tok Mohamad Ali Jaafar Sidek,
Tok Mohd.Ali Jaafar Sidek bin Tok Baginda Demu.

Tok Mat Amin dan isterinya Tok Munah berhijrah dari Kg.Pagar ke Tanjung Aur / Tersan. Tok Mat Amin yang mula-mula membuka kampung Tg.Aur / Tersan, lalu dia diangkat menjadi Tok (Penghulu) yang pertama Mukim Sega.

Saya sedang mengarang sebuah cerita mengenai penghijrahan Tok Mat Amin, separa novel yang saya jodolkan 'Hijrah Tok Mat Amin', sudah 80% siap.

Saya telah bertanya kepada beberapa orang di Penjom termasuk aruah Pak Tam Hj.Yunus bin Ali, tetapi mereka juga tidak berapa tahu mengenai sejarah ini.

Sekiranya tuan-tuan ada usaha, eloklah sejarah ini diketengahkan,terutama mengenai Kampung Pagar. Di Pagarlah Tok Malik ayah Tok Mat Amin dan Mufti pertama Negeri Pahang di makamkan.

Sekian dulu, terima kasih.

Hamzah@Hashim Zabidi.

Pemudapenjom said...

Pak Hashim Zabidi,

Terima Kasih atas penjelasan yang panjang lebar berkenaan Sejarah Kg. Pagar, Penjom. InsyaAllah kami akan cuba merekodkan sejarah kampung ini untuk warisan generasi masa depan. InsyaAllah.