Wednesday, September 30, 2009

Ekspedisi 4x4 Jelajah Lipis Bersama Ahli Parlimen Lipis

Pergerakan Pemuda UMNO Penjom telah diberikan peluang oleh YB Dato' Mohamad Shahrum Osman-Ahli Parlimen Lipis untuk menyertai Program Jelajah Lipis dengan kenderaan 4x4 pada anjuran Lipis Motor Club Pada 26/09/2009 (Sabtu) yang lalu.

Program yang bermula di Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lipis berakhir di Taman Rimba Kenong pada 27/09/2009 (Ahad).

Program yang melibatkan 15 buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan 40 orang peserta itu berpeluang untuk mengikuti program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lipis bertemu dengan rakyat di luar bandar dalam kawasan Parlimen Lipis.

Dengan peluang ini, ia memberikan peluang yang berharga kepada generasi muda khususnya Pemuda UMNO Penjom untuk melihat sendiri bagaimana usaha Kerajaan melalui Wakil Rakyatnya berusaha untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar dengan meninjau sendiri keadaan sebenar.

Melalui program ini juga ia memberi peluang kepada rakyat untuk menyampaikan terus permasalahan setempat kepada Ahli Parlimen Lipis untuk mencari jalan penyelesaian.

Antara kampung yang diziarahi oleh Dato' Dr. Mohamad Shahrum ialah Kg. Aur Gading,Kg. Chegar Perah, Kg. Sungai Temau dan Kg. Kuala Kenong. Beliau turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk yang kurang bernasib baik di kampung tersebut.

Peserta juga berpeluang mengunjungi antara tempat tumpuan pelancong di Kuala Lipis iaitu Taman Rimba Kenong. YB.Dato' Dr. Shahrum dan peserta turut menanam pokok dari spesis hutan di akhir lawatannya di Taman Rimba Kenong. Ini bagi menyuburkan semangat cintakan Hutan Warisan Untuk Generasi Masa Depan.

Pemuda UMNO Penjom ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato' Dr. Shahrum-Ahli Parlimen Lipis dan pengurusan Lipis Motor Club atas budi baik kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai program seperti ini. Semoga kerjasama yang berlangsung akan diteruskan pada masa depan.



atau klik di sini untuk melihat keseluruhan gambar :
Koleksi Gambar Ekspedisi Jelajah Lipis(Sila Klik)

No comments: