Thursday, September 10, 2009

Usahawan Bundle Di Penjom


Kegilaan kepada pakaian bundle telah menjadi satu trend dikalangan anak muda Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pakaian bundle ni sebenarnya adalah pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti Amerika Syarikat (US), Jepun, United Kingdom (UK), Korea dan negara-negara Eropah yang lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Disebabkan itulah ia dipanggil BUNDLE.

Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru yang kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung oleh pemiliknya atau pakaian ini adalah pakaian reject/stok lama dari kedai.

Di Penjom, sebuah kedai Pakaian Bundle telah diusahakan oleh Encik. Zaid bin Zainal yang juga merupakan salah seorang Belia di Kampung Penjom bagi memenuhi permintaan anak-anak muda di sekitar Daerah Lipis dan kawasan berdekatan.

Menurut Pengurus Kedai Bundle Penjom, Encik. Zaidi bin Yahya "Kedai Bundle ini telah dibuka sejak bulan September 2008 dan mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari orang ramai. Ia tidak terhad kepada golongan muda sahaja, ia meliputi semua golongan termasuk golongan yang telah berumur".

Menurutnya lagi "Kebanyakkan anak muda memilih pakaian bundle disebabkan pakaian-pakaian ini berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari Amerika Syarikat.Ini termasuk kualiti kain dan cetakkan yang bagus. Bagi peminat pakaian jenama pula, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. Jenama-jenama besar seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson".
Pengurus Kedai Bundle Penjom-En. Zaidi@Me bersama Pengerusi Belia Penjom-En. Zaidi Zahari.

Kedai Bundle Penjom dibuka setiap hari Isnin-Khamis 11.00 pagi-9.00 malam, Ahad 2.00 petang -9.00 malam dan ditutup pada hari Jumaat sahaja.

Bagi peminat baju bundle yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru pakaian bundle boleh menghubungi En. Zaidi bin Yahya atau lebih mesra dengan panggilan 'Me' di talian 017-219 5485.

Kedai Bundle Penjom boleh dikunjungi di : No. 2, Gerai Majlis Daerah Lipis (MDL), Penjom, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

2 comments:

Anonymous said...

meg..itu baju kasi 2 helai, tahun depan bayar!!!

Anonymous said...

meg..itu baju kasi 2 helai, tahun depan bayar!!!