Tuesday, September 1, 2009

Pemuda & Belia Penjom anjur Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-52


Bergambar Kenangan dengan Ketua Pemuda Penjom, Khairul Nizam

Bertempat di Dataran Penjom, Pergerakan Pemuda dan Belia telah mengadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-52 selepas Solat Tarawikh.

Sabar menanti pertunjukkan bunga api

Majlis ringkas dimulakan dengan bacaan doa selamat dan ucapan ringkas oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Penjom iaitu Sdra. Khairul Nizam bin Dato' Abu Dahari.

Dalam ucapannya beliau menegaskan tentang pentingnya generasi muda untuk terus mengekalkan kedaulatan Negara dan turut melontarkan persoalan adakah keadaan Malaysia 52 tahun lagi akan sama seperti hari ini. Maka, tanggungjawab untuk mengekalkan terletak di bahu generasi muda hari ini.

Kilauan percikan bunga api memeriahkan sambutan

Majlis turut dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api dan seterusnya program konvoi mengibarkan Jalur Gemilang di sekeliling kampung dan memasang Jalur Gemilang di rumah masing-masing.

Acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang berdasarkan sambutan yang begitu menggalakan.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Tahniah san syabas, Pemuda Penjom dapat mengajak generasi muda menjiwai erti kemerdekaan.........

Anonymous said...

Cayalah bebudak penjom..

Anonymous said...

Semoga Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Lipis terus maju untuk membela agama dan bangsa..

Matnor
Kg Rengai..