Wednesday, September 9, 2009

Pemuda & Belia Penjom Sumbang Alatulis Kepada Calon UPSR SK Penjom


Baru-baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan alatulis kepada semua Calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)di Sekolah Kebangsaan Penjom.

Satu majlis ringkas telah diadakan pada 03 September 2009 (Khamis) bertempat di Dewan SK Penjom. Majlis telah dihadiri oleh Khairul Nizam Dato' Abu Dahari-Ketua Pemuda Penjom, Shahrul Azizul bin Musa-Ketua Penerangan Pemuda Penjom, Hairimi bin Mohd Ali-Naib Ketua Pemuda Penjom dan Noraziran Yunus-Bendahari Persatuan Belia Penjom.

Turut hadir ialah wakil Guru Besar SK Penjom.

Usaha yang dilakukan ini adalah satu usaha kecil Pergerakan Pemuda dan Belia Penjom bagi membantu Calon-Calon UPSR di sekitar Mukim Penjom bagi menghadapi peperiksaan. Sumbangan ini juga mungkin boleh membantu menambahkan jumlah alatulis sediada disamping sebagai pendorong semangat kepada adik-adik pelajar.

Salah seorang Calon UPSR yang menerima sumbangan alatulis ini iaitu Adik Muiz mengucapkan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Belia kerana prihatin kepada golongan muda dan kecil seperti mereka. Majlis yang diadakan pada hari ini juga akan dikenang sebagai kenangan manis dalam hidupnya.

Program yang kecil seperti ini tetapi bermanfaat kepada rakyat akan diteruskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Penjom dan Persatuan Belia Penjom pada masa akan datang.

1 comment:

Muhammad faiz mahayudin said...

Tahniah di ucapkan kepada pemuda umno Penjom Keranan Aktif Melaksanakan pelbagai aktiviti.. seharus Pemuda di tempat lain mengikuti semangat pemude penjom weh..